Wednesday, October 9, 2013

Fraser's Hill

When we were on our way to Cameron Highlands via Raub, we passed a road to Fraser's Hill.  Papa wanted to go there that time but since I thought it might interfere with our original plan to Cameron Highlands, we decided to choose other dates to go there.

Before the day itself, I did some homework on Fraser's Hill.  Nampak macam okay ja.  Gambar-gambar kat google pun nampak macam pusing-pusing kat clock tower kat atas tu saja.  Suasana pulak nampak agak nyaman.  I found only one review on food there.

So, Papa and I decided that we should prepare our own food.  So, prepare yang simple saja hari tu - Tuna Sandwich, Pasta Salad dan Chocolate Cake (buat the night before).  Tareeq tak ikut hari tu.  I don't remember why.  But, nasib baik dia tak ikut. Phew! Terasa seksa tera nak sampai atas sana.

We left the house a bit late.  Biasa la Mama bising yang tu yang ni dulu, baru boleh settled semua urusan.  Then baru bertolak.  By the time sampai Temerloh, Meen dah bising lapar.  Hmmm... nampaknya kena korbankan makanan yang dibawa untuk makan kat sana lah.

Lepas makan, baru teruskan perjalanan.  Since Papa pening kepala, Mama drove.  Ada banyak exit along the Karak Highway tu.  So, sampai the first exit Mama pun keluar dari highway.  Rupanya laluan tu jauh lagi dari jalan utama nak ke Raub.  Kena lalu ladang kelapa sawit pulak!  Jauhnyaaaaaa rasa!

Once near Raub, ternampak pandu arah ke Fraser's Hill.  So, exit ikut situ.  Rupanya jalan tu kecik and winding, ada another jalan utama yang we discovered on our way down.  Tapi pemandangan priceless!  We passed Tanah Aina - kawasan dusun yang dijadikan homestay.  Cantik sungguh tempat tu dan pokok-pokok durian punya la banyak kat situ.  Pemandangan pun menghijau dengan pokok-pokok bukit.  Maybe boleh pi situ next time?

So, up we went.  Jalan menuju ke atas agak kecik.  Nak potong pun susah.  Lepas tu berliku-liku pulak!  Papa bertambah pening kepala.  Meen dah mula menangis sebab dia pun pening kepala jugak.  Nina dan Asha dah out of this world.  Bersabar saja la dengar Meen menangis sepanjang perjalanan ke atas.  Nasib baik Meen akhirnya terlena jugak.  Kesian dia.   

Bila dah sampai atas sana, phew! Lega dan rasa agak berbaloi.  Kawasan bukit yang cantik dengan bangunan-bangunan Inggeris yang authentic-looking.  Suasana damai, tak sibuk.  Life is easy!  Suka! Suka! Masuk hotel kat situ, ambik brochure tempat-tempat menarik.  Banyak jugak hotel kat situ.  Semuanya cantik-cantik.  Kalau duduk di situ, oh! Alangkah syoknya!


Korban pertama - Tuna Sandwich dan Hotdog kat R&R Temerloh.
Habis sudah bekal pertama.  Separuh jalan pun belum.  Hahaha....


Tugas Mama lah buat Sandwich tu.  Makan one bite, buat satu kat depa.  
Makan one bite, buat satu lagi kat depa.
Orang ka robot yang makan tu? Tak sempat Mama nak makan.


Boleh jugak duduk sambil makan lepas depa dah kenyang.


Tadaaa.... Fraser's Hill.  Tapi ni still kat pertengahan jalan.
Papa masih pening tapi dia yang bawa kali ni. 
So, sempatlah Mama snapped the picture.


Once there, Papa masuk hotel ambik brochure dan tanyakan bilik.  
Mama bawa Meen ke convenient store tepi hotel.  
Meen nak keropok Mi-Mi.  Depan hotel, ada a large and spacious square-cum-roundabout.
Lepas tu lepak kat tepi tu dulu sambil makan-makan keropok Mi-Mi.
Ada ramai bikers veteren kat tepi tu. Hehe...


Lintas jalan untuk ke tengah roundabout tu sebab ada clock tower ni.
Tapi kenderaan tak banyak pun.  Yang lalu-lalang pun slow saja.


 They're getting ready and always excited.


Strike a pose!

It's my turn.


Ini angle lain.  Meaning, ada 4 jam kat menara tu.  Tengok menara jam, square dan roundabout ni rasa 
macam kat a small provincial town kat Peranchis.  Macam everything centers around the clock tower.





Kemudian kita lintas jalan ke sudut seberang.  Ada klinik desa. 
Bangunan cantik, tak macam klinik desa biasa.  
Banyak pokok-pokok bunga yang cantik-cantik ditanam di situ.  
Di belakang sana ialah Pejabat Pos.
Mula-mula tu ingatkan banglo sapa la pulak.


Even Balai Polis pun cantik!


Ini Klinik Desa.  Posing ja. Peduli apa.  Bukan depa kenai kita pun.  Hehehe...


Mama pun mesti la nak jugak ambik gambag.


Lepas ambik gambag, mula lah lapag balik!
Kalut pulak cari empat yang sesuai untuk makan.
Kat town square tu tak ada tempat yang sesuai untuk duduk-duduk makan.
So, Papa drove around for a suitable spot.
Kadang tu masuk tempat yang sama balik sebab jalan-jalan kat situ bersambungan.
Terjumpa jalan nak ke waterfall tapi tempat tu ditutup pulak.
Nasib baik jumpa kawasan parking ni siap dengan beberapa gazebos.


Kita pun mula hampar newspaper dan buka makanan yang lain.  Memang very, very lapag!


Lepas makan baru la boleh senyum sikit.  Alhamdulillah semua makanan habis!
Paling best sebab duit saved. 


Selesai makan, Meen dah kalut nak pi sana-sini.
Jumpa lah batu ni, sesuai untuk dia berposing.


Meen sangat berminat dengan keluarga mat saleh ni.
Dari bahasa yang digunakan, rasanya depa dari Germany.
Active jugak anak-anak depa tu.  
Depa cuba jugak nak pi ke waterfall tu walaupun ditutup. Ketegag no?


Since Nina yang last sekali selesai makan, dia baru mai join.
Asha melayan diri sendiri sambil baca komik kat pondok berkelah tadi.


Ada lah tu yang Meen tak puas hati tu.  Selalunya di anak duduk di tengah.  Hahaha...


Sat saja nak pujuk dia.


Asha tu mesti dah habis baca komik.  Kalau tidak, jangan harap dia nak mai join.
Lama jugak kita berehat kat situ.  Sebabnya tak banyak sangat tempat-tempat yang boleh dilawati di sana.
Banyak bangunan-bangunan cantik serta resort.
Rasanya Fraser's Hill ni adalah tempat orang datang untuk tenangkan fikiran.
Lepas tu, kita round lagi.  Banyak round dengan kereta ja.
Niat nak tidur di Fraser's Hill dibatalkan sebab teringatkan Tareeq yang duduk sorang-sorang kat rumah.


Lepas round-round, lapag balik!  Ada satu foodcourt kat situ.  Banyak juga kedai makanan kat foodcourt situ.  Harga pun berpatutan.  Tak terlalu mahal.  So, kita lepak kat situ sambil makan-makan. Walaupun Papa pening, dia still lalu makan.  Hahaha...


While waiting for our food, Meen wondered off to the back of the foodcourt.  The real scenery is better actually.  This photo doesn't do justice to the place.


Meen is always on the go.  We have to keep up with her and sometimes
someone has to hold her to get her in the picture.


She managed to stand still with just enough time for me to snap away.


See what I mean?  She's moving here and there.


Kat foodcourt tu ada jugak kedai jual souvenirs.  Tapi Mama tak beli pun sebab tak ada yang menarik.  Perennials. Janji gambar-gambar dah tangkap. Meen seperti biasa hilang dalam kedai-kedai. Asha pulak ada kat kedai souvenir. Nina wajib kat meja makan.  Kat foodcourt ni baru la nampak ramai orang.  Meriah jugak kat sini. Ada playground untuk anak-anak.Mudah ibubapa nak makan

So, Fraser's Hill ni sangat sesuai kalau kita nak tenangkan fikiran.  Tak tau pulak suasana malam macam mana sebab sebelum gelap kita dah turun.  Mama drove sebab Papa masih pening-pening.  Kesian Papa.  I'm not sure how much he enjoyed trip visit because dia pening sepanjang masa kali ni.  Tapi tak pa lah sebab dia mau bawak kita jalan-jalan jugak.  

Masa kita kat situ, tak sampai sepanjang hari pun.  Tapi rasanya dah habis round.  Maybe kalau kita jalan kaki, kita akan lebih enjoy the nature.  Tapi since naik turun bukit ni, lomah den!  

Memang bangunan-bangunan kat situ cantik-cantik. And those are some of the attractions of Fraser's Hill.  Mr Fraser yang mula-mula buka bukit ni pun rasanya tak tau tempat ni akan jadi cantik. Misteri jugak cerita dan sejarah Fraser's Hill ni especially regarding the namesake.  Beliau hilang selepas Jepun menyerang Malaya dan tak dijumpai sehingga sekarang (walaupun rangka).  Maybe because of the dense forest around. Or maybe because nobody really tried hard enough.

Tak tau pulak kat mana lombong bijih kat atas tu yang diusahakan oleh Mr Fraser tu.  Bayangkan macamana depa nak bawa turun bijih tu.  Naik turun dengan kereta pun pening nak termuntah.  Most definitely depa gunakan tenaga keldai ka.  Tapi ada ka keldai kat Tanah Melayu ni?  Tenaga lembu, maybe?  Kesian pulak fikir lembu tu nak panjat bukit ni.  Ish, merapu pulak mama ni.


No comments: